Makanan Sunnah

Makanan Sunnah

Tuesday, November 4, 2014

Khasiat Madu

 Firman Allah : 
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan" [Surah An-Nahl Ayat 68 – 69] 
 
Madu (Honey) mengandungi kualiti nutrisi dan ubat-ubatan yang tinggi dengan anti-oksida, anti-jangkitan dan anti-bakteria yang telah digunakan untuk menyembuhkan penyakit usus, luka-luka kulit dan batuk. Sabda Nabi S.A.W., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.
 
Khasiat Madu
  • Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
  • Menjadikan rambut and mata lebih sihat dan bersinar.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit dan melindungi daripada jangkitan.
  • Berkesan untuk mengurangkan berat badan dengan menggantikan pengambilan gula.   
  • Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda.
  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
  • Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.
  • Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
  • Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.
  • Menguatkan badan wanita mengandung. 
  • Menjadikan makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu.
  • Merupakan sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis.