Makanan Sunnah

Makanan Sunnah

Tuesday, November 4, 2014

Khasiat Khal (Cuka)


Buah Kurma
Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW, baginda bersabda :
"Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”.

(Hadis Riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

Apa yang lebih menarik ialah cuka termasuk dalam makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah berdasarkan hadis dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang lauk-pauk kepada keluarganya. Jawab mereka : Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata : Sebaik-baik lauk ialah cuka".
(Hadis Riwayat Muslim) 

"Sebaik-baik yang dicampur dalam hidangan adalah cuka"
(Hadis Riwayat Muslim)

Apa itu KHAL? 

KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur,dan buah tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat dan akhirnya menjadi Khal, dalam bahasa Inggeris dipanggil Vinegar.

Kajian kepada kitab-kitab perubatan Islam juga ada menyatakan KHAL telah diamalkan sejak dari nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad SAW lagi. Masyarakat Babylon pada sekitar 500 sebelum masihi juga telah menukar wain kepada Khal dengan menggunakan buah anggur, kurma dan tin (fig). Hippocrates juga telah mengggunakan Khal sebagai antibiotik dan tonik. Khal juga digunakan oleh pejuang-pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan. Selain orang Arab, Khal telah dipraktikkan semenjak berabad oleh kebanyakan penduduk Eropah, Jepun, Cina dan India.


Kepada yang sudah terkena penyakit, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud "Setiap penyakit ada ubatnya". Walaupun Rasulullah SAW tidak menyatakan secara khusus penawar sesuatu penyakit, marilah kita bersama-sama mengamalkan pemakanan cara nabi Muhammad SAW dalam masa yang sama kita mengamalkan Makanan Sunnah sebagai suatu ibadah dalam penyembuhan dan meneruskan warisan ulama' perubatan Islam.. Perlu diingat Khal diamalkan secara meluas sejak turun temurun oleh bangsa Arab. Mungkin sebab tu mereka tidak dijangkiti penyakit darah tinggi walaupun memakan seekor kambing.
 

Khasiat Khal Menurut Perubatan Islam
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim).
  • Dapat mencegah pembengkakan pd badan seperti bisul & kanser.
  • Membuang darah kotor & melancar aliran darah.
  • Mengatasi proses pencernaan makanan dlm perut.
  • Melancarkan pergerakan usus.
  • Merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan.
  • Memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari.
  • Menurunkan tahap kolesterol.
  • Mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & lebihan garam.
  • Membakar kalori dgn cepat.
  • Membuang toksin.
  • Merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga.
  • Penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang.
  • Mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut.
  • Merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
  • Mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan.
  • Melancarkan pengeluaran susu ibu
  • Melancarkan perjalanan darah (masalah gangguan haid)
  • Memperbaiki fungsi limpa
  • Menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan. 
Antara yang utama, Khal dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.