Makanan Sunnah

Makanan Sunnah

Produk

Produk Berkualiti Pertama Edaran JS Hikmah Niaga


Khasiat  Buah Delima
  • Kandungan antioksidan yang tinggi membantu untuk melawan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, serangan jantung, angin ahmar, kanser prostat, kanser payudara, kanser paru-paru, resdung, anemia, sakit gout serta menormalkan fungsi limpa dan hati.
  • Menstabilkan tahap kolestrol, menyingkirkan lemak berlebihan di dalam badan.
  • Merangsangkan tenaga batin lelaki, meningkatkan tenaga dan mencegah kelesuan.
  • Melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Kaya dengan polifenol yang memulihkan sel-sel leukemia kembali normal.
  • Meningkatkan sistem pencernaan dan usus.
  • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing.
  • Mengurangkan pembentukan plak gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.
  • Meningkatkan metabolisme, pertumbuhan tulang dan kecerdasan minda kanak-kanak.          
 
    Keistimewaan Khusus Untuk Wanita
  • Menegangkan dan menganjalkan payudara, perut dan punggung.
  • Merawat dan mencantikkan kulit muka yang rosak, kering dan berjerawat serta menjadikan kulit awet muda.
  • Menyingkirkan selulit dan mengelakkan pertambahan berat badan berlebihan.
  • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid.
  • Merapat dan menyuburkan rahim serta mencegah kanser rahim dan payudara.
  • Menstabilkan hormon bagi mengatasi simptom pra-monopous.
  • Merawat keputihan, jangkitan kuman dan kegatalan vagina.
  • Meningkatkan kesuburan dan kelembapan vagina.
  • Amat sesuai untuk ibu-ibu hamil dalam mengurangkan tekanan, kekejangan anggota badan, kemurungan dan loya.
  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan.

Khasiat Kurma
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti Vitamin C, E, B1, B6, P (Bioflavonoid), Beta-Karotena dan kaya dengan kandungan Potassium untuk keremajaan kulit. Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga dalaman lelaki dan perempuan”.
Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, mukasurat 908 - 909.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfa'at untuk mengatasi masalah gastrik di perut, membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu, mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan, melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah semasa haid, mengatasi masalah limpa, membersihkan toksik di dalam perut, masalah buasir, menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah kanser dan membantu sistem penghadaman dan membersihkan darah yanag beracun.
Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, mukasurat 233.
 
Khasiat  Madu
  • Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
  • Menjadikan rambut and mata lebih sihat dan bersinar.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit dan melindungi daripada jangkitan.
  • Berkesan untuk mengurangkan berat badan dengan menggantikan pengambilan gula.
  • Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda.
  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
  • Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.
  • Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
  • Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.
  • Menguatkan badan wanita mengandung.
  • Menjadikan makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu.
  • Merupakan sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis.