Makanan Sunnah

Makanan Sunnah

Tuesday, November 18, 2014

Buah Delima Pada Menurut Pandangan Islam

Delima @ Rumman juga dikenali sebagai `Buah Dari Syurga' dikalangan umat Islam serta `Super Fruit' atau `Wonder Fruit' di negara-negara Eropah. Al-Quran menyebutnya sebanyak 3 kali @ 3 ayat untuk menandakan betapa berkhasiatnya buah ini kepada manusia.

1. SWT berfirman yang bermaksud : ”Dan Dia yang menurunkan air (hujan) dari langit kemudian kami mengeluarkan dari air (hujan) itu segala macam tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan sebahagian daripadanya dedaunan yang hijau (sayur mayur) dan Kami keluarkan pada sebahagian daripadanya biji-bijian yang bersusun dan Kami jadikan pula daripadanya pokok kurma yang mayangnya ada segerombolan buah kurma yang dekat untuk ambil, dan daripadanya pula Kami keluarkan kebun-kebun anggur, zaitun dan delima yang sebahagiannya mempunyai kemiripan daunnya, tetapi rasa buah yang satu berbeza dengan yang lain. Lihatlah buah-buahnya ketika sedang berbuah dan ketika telah ranum.Sesungguhnya di dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Kami bagi orang-orang beriman.” (Al-An’am:99)

2. Allah SWT berfirman yang bermaksud : ”Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." (Al-An’am:141)

3. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : ”Di dalam kedua syurga itu terdapat mata air yang memancar keras terus-menerus. Maka tanda-tanda kekuasaan Tuhan kalian yang mana lagi yang akan kalian dustakan? Di dalam kedua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.” (Al-Rahman:66-68)

Kebaikan & Kelebihan Buah Kurma Didalam Islam

Sabda Nabi Muhammad SAW, “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang sedang hamil, karena isteri-isteri kamu yang sedang hamil. Karena sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, niscaya anak yang akan lahir kelak akan menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas. Sesungguhnya makanan Siti Maryam takkala melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah kurma. Sekiranya, Allah s.w.t., menjadikan suatu buah yang lebih baik dari pa...da buah kurma, maka Allah telah memberi makan buah itu kepada Siti Maryam.” (H.R. Bukhari)

Adalah Q.S. Maryam, ayat 25-26 perihal Siti Maryam yang disinggung Nabi diatas. Firman Allah, “Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, maka pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.”

Wednesday, November 12, 2014

Alhamdulillah & Terima Kasih

ALHAMDULILLAH
Walaupun dalam hujan rintik-rintik, majlis kesyukuran bersempena pelancaran produk pertama edaran JS Hikmah Niaga telah berlangsung dengan lancar seperti yang dijadualkan. Kami mengucapkan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya Jemaah Masjid Usman Ibnu Affan Bukit Rangin, jiran-jiran, rakan niaga, sahabat handai dan saudara mara yang telah sama-sama membantu dan memberikan sokongan menjayakan majlis tersebut. Juga jutaan terima kasih kepada semua rakan FB dari seluruh Malaysia yang turut mendoakan kejayaan kami. Kami amat terharu dengan segala sokongan dan bantuan yang telah anda berikan. InsyaAllah ini telah menguatkan lagi azam kami untuk terus melangkah ke hadapan untuk mencapai kejayaan dan seterusnya sama-sama berdiri tegak di dalam industri yang serba mencabar ini.
Sila ke halaman Majlis Kesyukuran untuk mendapatkan Foto.

Tuesday, November 4, 2014

Khasiat Madu

 Firman Allah : 
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan" [Surah An-Nahl Ayat 68 – 69] 
 
Madu (Honey) mengandungi kualiti nutrisi dan ubat-ubatan yang tinggi dengan anti-oksida, anti-jangkitan dan anti-bakteria yang telah digunakan untuk menyembuhkan penyakit usus, luka-luka kulit dan batuk. Sabda Nabi S.A.W., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.
 
Khasiat Madu
  • Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
  • Menjadikan rambut and mata lebih sihat dan bersinar.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit dan melindungi daripada jangkitan.
  • Berkesan untuk mengurangkan berat badan dengan menggantikan pengambilan gula.   
  • Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda.
  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
  • Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.
  • Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
  • Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.
  • Menguatkan badan wanita mengandung. 
  • Menjadikan makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu.
  • Merupakan sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. 

Carta Kandungan Antioksidan Dalam Buah-Buahan

Kesemua makanan di atas mengandungi aktioksidan dari jenis yang berbeza. Mangambil hanya satu makanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi mungkin tidak dapat membantu anda kekal sihat. Anda perlu memakan beberapa jenis untuk mendapatkan pelbagai jenis aktioksidan.

Khasiat Khal (Cuka)


Buah Kurma
Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW, baginda bersabda :
"Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”.

(Hadis Riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

Apa yang lebih menarik ialah cuka termasuk dalam makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah berdasarkan hadis dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang lauk-pauk kepada keluarganya. Jawab mereka : Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata : Sebaik-baik lauk ialah cuka".
(Hadis Riwayat Muslim) 

"Sebaik-baik yang dicampur dalam hidangan adalah cuka"
(Hadis Riwayat Muslim)

Apa itu KHAL? 

KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur,dan buah tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat dan akhirnya menjadi Khal, dalam bahasa Inggeris dipanggil Vinegar.

Kajian kepada kitab-kitab perubatan Islam juga ada menyatakan KHAL telah diamalkan sejak dari nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad SAW lagi. Masyarakat Babylon pada sekitar 500 sebelum masihi juga telah menukar wain kepada Khal dengan menggunakan buah anggur, kurma dan tin (fig). Hippocrates juga telah mengggunakan Khal sebagai antibiotik dan tonik. Khal juga digunakan oleh pejuang-pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan. Selain orang Arab, Khal telah dipraktikkan semenjak berabad oleh kebanyakan penduduk Eropah, Jepun, Cina dan India.


Kepada yang sudah terkena penyakit, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud "Setiap penyakit ada ubatnya". Walaupun Rasulullah SAW tidak menyatakan secara khusus penawar sesuatu penyakit, marilah kita bersama-sama mengamalkan pemakanan cara nabi Muhammad SAW dalam masa yang sama kita mengamalkan Makanan Sunnah sebagai suatu ibadah dalam penyembuhan dan meneruskan warisan ulama' perubatan Islam.. Perlu diingat Khal diamalkan secara meluas sejak turun temurun oleh bangsa Arab. Mungkin sebab tu mereka tidak dijangkiti penyakit darah tinggi walaupun memakan seekor kambing.
 

Khasiat Khal Menurut Perubatan Islam
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim).
  • Dapat mencegah pembengkakan pd badan seperti bisul & kanser.
  • Membuang darah kotor & melancar aliran darah.
  • Mengatasi proses pencernaan makanan dlm perut.
  • Melancarkan pergerakan usus.
  • Merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan.
  • Memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari.
  • Menurunkan tahap kolesterol.
  • Mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & lebihan garam.
  • Membakar kalori dgn cepat.
  • Membuang toksin.
  • Merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga.
  • Penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang.
  • Mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut.
  • Merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
  • Mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan.
  • Melancarkan pengeluaran susu ibu
  • Melancarkan perjalanan darah (masalah gangguan haid)
  • Memperbaiki fungsi limpa
  • Menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan. 
Antara yang utama, Khal dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.
 

Saturday, November 1, 2014

Harga Runcit Produk


Walaupun majlis pelancaran hanya akan diadakan pada 8 November 2014, kami telah menerima banyak pertanyaan daripada bakal pengguna, agen dan pengedar di seluruh negara yang berminat dengan produk kami. Maklumbalas yang diterima adalah sangat menggalakkan dan di luar jangkaan kami. Jadi untuk memudahkan perancangan semua pihak, kami dengan sukacitanya mengumumkan harga runcit yang disyorkan untuk pasaran di Semenanjung Malaysia.
 
Walaubagaimanapun, kami memohon maaf kepada bakal pengguna, agen dan pengedar di Sabah dan Sarawak. Harga untuk pasaran seberang Semenanjung hanya akan diumumkan pada hari pelancaran minggu hadapan selepas menyelesaikan beberapa perkara berkaitan logistik. Kami akan cuba memberikan harga yang terbaik untuk anda semua. 
 
Senarai harga boleh didapati di laman HARGA.
 
Terima kasih.