Makanan Sunnah

Makanan Sunnah

Thursday, December 25, 2014

Pengumuman

Makluman kepada semua pengguna, stokis dan wakil pengedar

Assalamualaikum wbt.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas sambutan dan sokongan yang begitu memberangsangkan terhadap semua produk edaran JS Hikmah Niaga. Kami merasa amat terharu dengan sambutan luar jangkaan semenjak produk dilancarkan pada 8 Nov 2014.

Walaubagaimanapun, dalam kerancakan mempromosi dan memasarkan produk, kami telah dihimpit oleh tempias ketidakstabilan ekonomi dan pasaran matawang dunia. Keadaan ini menyaksikan kadar tukaran matawang Ringgit yang semakin menyusut berbanding Dollar Amerika. Untuk pengetahuan, tukaran matawang Ringgit kini adalah sekitar 1USD = RM3.60 berbanding 1USD = RM3.10 pada pertengahan tahun. Fenomena ini telah menyebabkan berlaku peningkatan harga ke atas semua barangan yang diimport dari luar negara.

Walaupun kami cuba untuk mengekalkan harga sedia ada, kami tidak berupaya untuk menampung peningkatan berterusan kos bahan mentah dan pengangkutan laut. Namun, kami masih lagi sedang dan cuba berbincang dengan pihak pengimport untuk meminimumkan kenaikan harga keseluruhan.

Pada masa yang sama, kami juga sedang menilai kesan kenaikan kos ke atas semua produk edaran JS Hikmah Niaga. Buat masa ini, kami masih mengekalkan harga lama bagi semua stok produk yang ada di gudang simpanan kami. Pihak kami akan memuktamadkan harga baru & mengumumkannya sebelum menjelang tahun baru 2015 dan menjangkakan ia akan berkuatkuasa sehingga semua stok lama kami habis selewat-lewatnya pertengahan Januari nanti.

Nota Tambahan :
Kepada semua warga pengguna, stokis dan wakil pengedar yang berada di kawasan banjir, kami di JS Hikmah Niaga mendoakan keselamatan anda dan keluarga. Patuhilah arahan pihak berkuasa untuk memastikan kelancaran & keselamatan semua pihak. Mudah-mudahan Tuhan melindungi kita semua. InsyaAllah.

Terima Kasih
JS HIKMAH NIAGA